Khidmat Nasihat Percuma

KHIDMAT NASIHAT PERTAMA PERCUMA

Kami percaya dalam menggunakan kepakaran dan pengetahuan undang-undang kami untuk membantu mereka yang sedang memerlukan. Memandangkan kami banyak mengendalikan fail-fail daripada Pusat Bantuan Guaman dan Yayasan Guaman Kebangsaan (YBGK), kami komited terhadap menyumbangkan kepada masyarakat. Kebanyakan anakguam menghadapi masalah mereka dengan tidak mendapatkan khidmat nasihat undang-undang kerana takut dengan yuran khidmat nasihat yang boleh dikenakan terhadap mereka. Di ARSICO, anakguam-anakguam kami menikmati khidmat nasihat pertama mereka, secara percuma! Anda akan tahu sendiri daripada perkhidmatan kami. JanganĀ  takut lagi, hubungi kami untuk penetapan temujanji sekarang!

 Nota: Anakguam-anakguam yang hadir tanpa temujanji adalah tertakluk kepada kelapangan Kaunsel-kaunsel kami. Justeru, kami sangat menggalakkan anda untuk hubungi kami untuk temujanji terlebih dahulu.